-->

Contengan Jalanan :)

TABS

PROFIL | PROFORMA | NOTA TUTORIAL | RPH| TAPAK PEMBELAJARAN

RPH


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) KSSR TAHUN 2

TEMA
KEBUDAYAAN
TAJUK
Kuih Oh Kuih!

FOKUS UTAMA
Standard Kandungan
2.6   Membaca pelbagai bahan sastera dan buan
       sastera yang sesuai bagi memupuk minat
       membaca
Standard Pembelajaran
2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang 
          sesuai untuk menambah kosa kata dan
          meningkatkan kelancaran bacaan
FOKUS SAMPINGAN
Standard Kandungan
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan
permintaan tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dalam situasi
formal dan tidak formal secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan 
         dengan intonasi yang betul tentang sesuatu  
         perkara dalam situasi tidak formal secara
         bertatasusila.




OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:
              i.        Membaca bahan bacaan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa
                    ii.        Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal


PENGISIAN KURIKULUM

                       i.             Ilmu:   Kajian Tempatan, Sains, Pendidikan Muzik
                      ii.            Nilai:   Rajin, Keyakinan diri, kerjasama, menghargai

KBT:   Kontekstual, Belajar Cara Belajar (BCB),
  KB : Menjana Idea
EMK :  Kreativiti dan Inovasi


SISTEM BAHASA

Tatabahasa: kata nama, kata kerja
Kosa kata  : koci, lempeng, keria, baulu, tepung pelita, kuih lapis, apam


MEDIA

Kad perkataan, kad gambar

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1

1.Guru mempamerkan sejenis daun
yang biasa dilihat oleh murid.

2. Murid diberi peluang untuk memerhati,
memegang dan menghidu bau daun
tersebut.
3.Guru bersoal jawab tentang daun
tersebut dan kaitannya dengan kuih
tradisional.


Contoh soalan:

·         Apakah nama daun ini ?
 ( daun pandan)
·         Apakah guna daun ini dalam membuat kuih koci?
 (mewangi dan menghijaukan kuih)
·         Bagaimankah cara menggunakan daun ini?
(ditumbuk dan diambil airnya dan dibancuh dengan tepung)




Ilmu : Sains
Nilai : menghargai
KBT: Kontektual
EMK : Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Persediaan)




Media – Bahan Muajud
             (daun pandan)

Langkah 2

1.Guru memperdengarkan lagu ‘ Kuih 
Tradisional’.

2.Guru meminta murid menyebutkan
   nama-nama kuih yang disebut dalam
   lagu tersebut sambil mempamerkan kad
  gambar kuih tersebut.

3.Guru mencatatkan nama-nama kuih
   yang telah disebutkan oleh murid dan
   membimbing murid menyatakan cara
   kuih-kuih tersebut dimasak sama ada
goreng, rebus, bakar atau kukus.





Ilmu : Pend. Muzik
Nilai: Rajin
EMK: Kreativiti dan inovasi
(Fasa Imaginasi)








Lampiran 1
-Senikata lagu
-kad gambar kuih
Lampiran 2
-Latihan cara
 kuih dimasak

Langkah 3

1.Guru membimbing murid membaca
   seni kata lagu yang dipaparkan.

2.Murid membaca senikata lagu secara
   individu dan kumpulan dengan sebutan
  yang betul.

3.Murid menyanyikan lagu ‘Kuih
   Tradisional’ berpandukan senikata lagu
   yang dipaparkan.

4.Murid diminta membaca secara bergilir-
   gilir nama-nama kuih yang telah dicatat
  dengan sebutan yang betul dan
mengkategorikannya dalam kumpulan
  kuih manis atau pedas.




Ilmu : Pend. Muzik
Nilai : Kerjasama
EMK : Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Perkembangan)



Lampiran 3
-Latihan nama kuih



Langkah 4

1.Murid membaca semula  nama-nama
kuih yang dipaparkan oleh guru
berdasarkan seni kata lagu.

2.Murid dibahagikan kepada beberapa
   kumpulan kecil. Murid berbincang dan
   memikirkan cara mengubah suai atau
   bentuk kuih mengikut kretiviti mereka.

3. Murid membentangkan hasil kerja
   kumpulan mereka.




Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Keyakinan diri
EMK: Kreativiti dan inovasi
(Fasa Tindakan)


Pentaksiran

1.Murid membaca dialog yang disediakan
dengan sebutan dan intonasi yang betul

2.Murid menjawab beberapa soalan
pemahaman berdasarkan dialog yang
telah dibaca.




Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai: Keyakinan diri
KBT: BCB
KB  : Menjana idea



Lampiran 4
-Teks dialog
-Latihan

Pemulihan

1.Guru membimbing murid membaca
   nama-nama kuih



Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai: Rajin
KBT: BCB



Lampiran 5
-kad perkataan
-gambar

Pengayaan

1.Murid membaca frasa-frasa yang
   terdapat dalam lembaran kerja yang
   diberi.

2.Murid mengkategorikan jenis kuih
   mengikut cara kuih tersebut dimasak.




Ilmu :Kajian Tempatan
Nilai: berdikari
KBT : BCB
KB   : Menjana idea



Lampiran 6
-Pengayaan






Baca senikata lagu ini dan nyanyikan mengikut melodi
Lampiran 1









Kuih Oh Kuih
Ibuku rajin buat kuih
Bermacam-macam jenis kuih
Karipap, koci, buah melaka, lempeng
Boleh ku makan sekeluarga

Kuih,kuih,kuih,kuih,kuih,kuih,kuih  2x

Keria, lempeng, koci, lepat
Marilah kawan mari dekat
Rasalah kuih ku yang sedap
Pasti semua  akan suka


Melodi : Papaku Pulang Dari Kota






Namakan kuih berikut
Lampiran 2
























Namakan kuih berdasarkan senikata lagu dan tuliskan apakah rasanya.
Lampiran 3









 



















Tuliskan bagaimana cara kuih ini dimasak
Lampiran 3









Kuih buah melaka





Kuih karipap







Kuih lempeng




Kuih lepat











Baca dan fahami dialog di bawah. Beri maksud perkataan yang diwarnakan
Lampiran 4                                                                                                               Pentaksiran





Fathin            :  Apa khabar Wawa? Bagaimana keadaan awak sekarang?
Wawa : Keadaan saya bertambah baik. Terima kasih kerana sudi menelefon saya.
Fathin            : Saya akan mengunjungi rumah awak pada petang nanti. Ada apa-apa
kuih yang awak nak makan?
Wawa : Oh, betulkah? Terima kasih, Fathin. Saya sebenarnya teringin hendak
makan kuih keria. Boleh awak tolong belikan?
Fathin            : Boleh, apa salahnya. Saya akan belikan kuih keria yang bersiraitu.
Wawa :Terima kasih.
Fathin            : Sama-sama. Selain kuih keria, kuih apa yang awak suka?
Wawa : Saya suka kuih lepat pisang dan ondeh-ondeh yang bersalut kelapa.
Fathin            : Ondeh-ondeh tu kuih apa?
Wawa : Oh, ondeh-ondeh tu kuih buah Melaka!
Fathin            : Oh, kuih buah Melaka! Baiklah kita jumpa petang nanti.



 























Perkataan
Maksud

sudi


mengunjungi


teringin


bersira


bersalut





Lampiran 5                                                                                                   Pemulihan
Baca nama kuih di bawah









 

Kuih koci


Kuih tepung pelita




Kuih lapis


Kuih ketayap

Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja







Posted by Unknown at 07:13 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (15)
    • ►  October (14)
    • ▼  September (1)
      • RPH

About Me

Unknown
View my complete profile
noranizaibrahim. Watermark theme. Powered by Blogger.