MINGGU 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
PEMILIHAN BAHAN INTERNET
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan
pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku
teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah
satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana
kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai
rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses
P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan
bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan
seperti berikut:
- Bahan sastera
- Bahan tatabahasa
- Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari
internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik
darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu
dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu
dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan
negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.
Memilih
Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan
kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang
lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya
sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan
tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis
seperti:
- Syair
- Pantun
- Seloka
- Gurindam
- Puisi
- Cerita Pendek
Pemilihan
bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim
Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan
bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek
terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut
ialah:
Pemilihan
bahan tatabahasa
Tatabahasa
merupakan ialah bidang yang
menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu
bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.
Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina
oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan
menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas
murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan
tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan
pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis
tatabahasa
Jenis-jenis
tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
No comments:
Post a Comment